Friday 30 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Assalammualaikum

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Aku rasa semua orang suka pada hari Jumaat. Dari kecik masa sekolah dulu pun bila time hari Jumaat je, semua senyum sebab Jumaat last hari sekolah minggu tu. Esok Sabtu  cuti boleh rilex-rilex, boleh bangun lambat, boleh tengok tv puas-puas. Sama juga sampai sekarang even dah kerja sekalipun aku suka hari Jumaat. Sebab esoknya dah cuti dan aku boleh tido puas-puas, rehat puas-puas, tengok tv puas dan boleh la berjalan menenangkan fikiran kan. 

Sedar tak sedar, hari adalah Jumaat yang terakhir bagi tahun 2011. Sedih jugak rasanya tirai tahun ini akan berlabuh pada esok hari. Tutuplah buku bagi tahun ini dan bukalah buku baru dan semangat baru untuk tahun 2012 pulak. 



Apa yang boleh dirumuskan sepanjang tahun 2011 pada diri aku banyak sekali. Ada suka, ada duka, ada perkembangan, ada penyusutan, Kegembiraan, tangisan dan pelbagai lagi yang berlaku. 

Antara perkara-perkara yang berlaku sepanjang tahun 2011 ( Sedaya upaya untuk aku ingat ) : 

* Pindah rumah baru awal tahun hari tu. Sebab pindah rumah yang aku duduk sebelum tu tuan rumahnya nak duduk situ sebab berkahwin. Orang yang kawin tu dia kawin dengan housemate aku. Kiranya aku duduk dulu tu umah pakwe kawan aku la. Bila dyorang dh kawin dyorang duduk la situ, so, aku zira n k.lia kene la cari rumah lain. Ktorang dapat rumah pun dekat jugak area situ. Dekat Flat Sri Tanjung, Seksyen 7. 

* Bab kerja start dari akhir tahun 2010 aku dapat bos baru. Dulu bos perempuan, sekarang ni bos lelaki. So far, xde masalah dengan bos sekarang ni. Dia baik dan educated. Yelah, lecturer kot. Kalau dulu bos perempuan biasalah perempuan ni kalau mentadbir dia akan guna seguna-gunanya orang bawah dia. Dan perempuan ni complecated sikit. Semua nak detail dan kesalahan kecil pun dia pasti akan tegur. Dan kadangkala teguran tu melebih-lebih dan buat orang xboleh nak terima. Ape-ape pun aku tetap bersyukur dengan ape yang aku ada sekarang. Yang penting kita kerja dengan ikhlas, Jangan menyalahkan orang lain. Seandainya kita disalahkan, cari kesalah kita bukan kesalahan orang. 

* Alhmadulillah jugak aku dah diserap untuk tetap. Hari tu Interview tetap alhmadulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun agak nervous dengan soalan panel interview. Kemudian menghadiri Kursus Induksi Umum dan peperiksaan perkhidmatan. Exam masa tu memang susah. Selamat objektf boleh la pilih-pilih. Tapi pilih-pilih pun takut jugak pilihan salah lagi banyak dari yang betul. Tapi alhmdulillah segala berjalan dengan lancar dan lulus jugak akhirnya. Exam untuk secetary pun berjalan dengan lancar. Segalanya lulus dengan cemerlang. Sekarang ni tinggal untuk sah perkhidmatan je. Tapi kene la tunggu surat pendaftar and mungkin tunggu masa untuk tempoh 3 tahun. 

* Dipertemukan semula kawan-kawan lama melalui facebook. Boleh jumpa and hang out dengan dyorang setelah lama tak jumpa. contohnya dengan besties eja, zana, kaksu but cuma lia je tak sempat jumpa lagi sampai sekarang. And then, raya tahun ni still boleh beraya rumah member sekolah SBPI iaitu Izzah, Wani, Aina dan Ain. 

zira, zana,eja n aku
Group girl from old classmate - SPBI SB.


* Tahun ni tahun penuh kesetiaan aku terhadap si dia. Walaupun aku tahu siapa dia. Tapi mungkin kerana hati kami kuat untuk bersama. Walaupun biasa asam garam perhubungan, pasti ada yang terasa. Pasti ada yang terguris. Tetapi semangat aku dengan dia semakin kuat. Insyallah, seandainya dia la jodoh ku, aku terima dan akan lakukan yang terbaik. Tahniah juga pada si dia atas anugerah tuhan berikan yang akan menyusul tidak lama lagi. Terima kasih juga kerana selalu meluangkan masa bersama aku tak kira senang atau susah. 

* Kontroversi antara aku dan housemate. Seandainya mereka terlibat baca blog aku ni seribu maaf aku minta. Biasalah kita ni kawan pasti ada kurang dan kelemahan masing-masing. Kadang-kadang kita tak sedar perubahan yang berlaku. Kita tak sedar apa yang kita katakan, kita tak sedar kesalahan yang pernah kita buat. Kawan ni masa senang kita akan bersama tetapi sahabat adalah waktu susah menjadi teman kita  Buat masa sekarang aku hanya punyai kawan.

* 2011 kenali makanan baru, tempat baru. Dulu tak suka makan chicken chop tapi sekarang dah suka chiken cop. Dulu tak pernah makan nasi ayam penyek, sekarang dah rasa nasi ayam penyek. Dulu tak reti makan siput sedut, sekarang bukan main suka siput sedut lagi- lagi beli dekat Unikeb,UKM. Masak lemak dia memang best. Aku boleh telan siput sedut dekat situ je. Tempat lain...kurenggg...Dan paling aku berjaya sekali dulu aku xboleh nak telan air susu..Tapi sekarang aku dah boleh minum susu...........tapi susu jenis strawberri jelah. Susu coklat, susu original lagi lah. Dan alhmdulillah dengan cara minum susu strawberri ni je aku rasa aku boleh tambah berat badan. Aku nak minum tiap hari agar badan aku berisi. Aku tak suka orang cakap aku kurus la, keding la, papan la..macam la badan diorang tu cantik sangat. Janji aku sihat. Tapi aku tetap nak naikkan berat badan agar lebih ideal. Tak mo kurus-kurus sangat....segan kalau orang tengok...rasa rendah diri tau...dah la aku pendek. Ketinggian tak boleh dah nak ubah..memang kekal la macam ni sampai tua..tak de nye boleh tinggi dah.

* 2011 juga aku pergi ke tempat-tempat baru yang sebelum ini tak pernah pergi. Contohnya awal tahun hari tu Family day pergi Penang. Pastu dengan member-member dan family pergi Port Dikson. Ada jugak pergi panjat Bukit Broga dan mandi di air terjun sg.Tekala. Macam biasa, layan jugak bersuka ria karaoke bersama kawan-kawan dan menonton wayang bersama. Pertama kali jugak mengajak si dia menonton wayang dan karaoke bersama tempoh hari. 



* Juga raya tahun ni berkumpulnya adik beradik kami sebelum ni bila raya mesti ada yang xbalik sama masa. Cuma dengan abglong je ktorang dah susah nak jmpa dan beraya bersama. Anak buah pun dah makin bertambah. Sekarang total anak buah aku seramai 12 orang. Tunggu turn azrol dan aku je tak kawin lagi ni. Insyallah mungkin 2012...



* Banyak jugak perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Contohnya kejadian-kejadian kecemasan. Kekurangan dan kesempitan wang. Tapi semuanya alhmadulillah dapat diselesaikan dengan berkhidmah.  Dan tidak lupa juga kejadian yang memalukan terutama malam tempoh hari. Moga aku tak akan ulangi kesilapan dan kesalahan itu lagi. Insyallah.

* Kesihatan tahun ni alhmdulilah tidak membimbangkan. Diam pun kurang, selsema pun kurang, batuk pun kurang. Segalanya sihat-sihat selalu. Cuma family kakak aku je yang sekarang ni ada masalah sikit. Tapi after buat rawatan tempoh hari hope membantu mereka. Semoga 2012 mereka sihat-sihat selalu. Amin



Ape lagi nak tulis. Aku dah perah otak dah ni. Mungkin setakat ni je daya ingatan aku. Tapi banyak lagi peristiwa 2011. Ingat aku akan update lagi. Perut dah berkeroncong tapi selera makan tak de lagi ni.  

Akhir kata, Selamat Tinggal Tahun 2011......Selamat Datang 2012...Azam 2012 akan aku tulis lain entry. Walaupun kita tutup buku lama, tapi kenangan lama tak akan dilupakan. Segala yang pahit jadikan pengajaran dan segala yang manis jadikan kenangan agar kita sentiasa senyum dan ikhlas dalam setiap yang berlaku. 


Wednesday 28 December 2011

Mabuk ke ape??

Assalammualaikum

Pagi-pagi dah tulis entry..giler ke ape?
Bukan giler tapi aku takut aku lupa apa yang aku mimpi malam tadi
Memang betul-betul macam nak giler la pulak
Mimpi pun batak nak ingat
Uish mestilah kene ingat
Sebab mimpi ni kita susah nak ingat
Selagi ingat baik kita abadikan dalam memori ni haa.......
Ingat tak pe, percaya mengarut-ngarut jangan

Masa tengah taip ni pun aku tengah blur blur je
Sebab aku rasa macam nak sambung tido balik
aku nak mimpi tu balik
Ape yang aku mimpi tu ye??
Entahlah xingat la pulak...
Haha..ada jugak yang nak kene Penampar 80 kali gamaknya

Aku bermimpi si Lelaki Pujaan OOooo...
Hero seperti bintang hatiku.............ooooOOO

Pelakon2 dalam mimpi tu mesti ada aku sendiri empunya badan
 & My actress yang aku giler bayang * *=  JOHAN ASHARI


Dalam mimpi aku tu Johan kawen dengan si Melly ( citer Dhia ), macam bangang kan boleh pulak dyorang ni masuk mimpi aku. Cuba aku masuk mimpi Johan ni best jugak.kehkehkeh.Nak kene penampor ngan Fasha Sandha ke????

 Lepas tu, boleh pulak Johan ni dok sembang-sembang dengan aku dan kengkawan yang lain. Pastu boleh pulak aku g cemburu dengan kawan aku ni sebab johan dok sembang-sembang dengan kawan aku tu je. Huhh.memang tak puas ati betul mimpi macam tu...Pastu banyak lagi la adegan-adegan yang perlu dirahsiakan dan tak berapa nak ingat. 

Tengah syok syok melayan mimpikan Johan ni, dengar suara " Dah kol 7.30 ni, xbangun lagi ke??? Tersentak dari lamunan mimpi..Suara kakak aku rupanya. Terus bangun, mandi dan bersiap ke kantor...

Wahai En.Johan yang berlakon cerita Juvana
Memang aku suka la tengok watak dia tu
Dalam cerita tu dia digelar botak 


After tu dia berlakon pulak cerita Tentang Elyssa
Watak dia sebagai Aril
Memang penuh dramatik cerita tu


Tapi disebabkan cerita ni jugak banyak kecemburuan yang berlaku
Antara aku dan dia
antara aku dan Johan
Kerana dia digosipkan dengan Fasha Sanda tu
Dan kerana rupanya dulu dia pernah bercinta dengan Ezrin Azminda tetapi dinafikan oleh Johan

Ape-ape pun Pesanan ikhlas dari peminat ni  ( Cewahh,macam dia baca blog cikai aku ni ) 

@ Mendoakan yang terbaik untuk awak, terutama karier sebagai pelakon ni. Watak yang awak ambik semua memang berkesan dan membuat hati peminat rasa kagum. Tahniah diatas kejayaan sebagai pelakon tetapi masih terlalu awal lagi dan perlu berusaha untuk menjadi pelakon yang cemerlang, gemilang dan terbilang 

@ Jaga tingkah laku dan budi bahasa kerana anda seorang artis yang menjadi idola di mata peminat. 

@ Jangan sombong walau dengan sesiapapun

Ikhlas dari :

Peminat Mu Yg Setia.

Tuesday 27 December 2011

Maksu & Anak Buahku

Assalammualaikum

Semalam kakak dan her family datang rumah. Tido 3 malam kat rumah aku sebab kakak nak g berubat kat darulshiefa. 

Alang-alang dah datang ni...ape lagi bukan main suka la anak buah aku empat orang tu. Lagi-lagi musim cuti sekolah ni..

So, maksu yang baik hati ini dengan riangnya nak bawak diorang g jalan-jalan. Tak tau sebenarnya nak bawak gi mana, tapi decide tempat yang dekat and tak memenatkan sangat...aku bawak g jalan-jalan kat putrajaya jelah.

Tempat yang aku pernah pergi dengan geng-geng aku dulu iaitu Taman Botani. Petang-petang ni kita berjalan jelah menghirup udara yang segar. 

Koleksi gambar di Taman Botani...................Chilll laaahhhh.......

Harus tengok map sebab takut sesat..KuiKuiKui...

Maksu kata kene dengar cakap...Jangan nakal-nakal..dan mereka berkata "BAIK BOSS"

Ajib tak de sebab masih tido di pangkuan ayahnya

With their mum @ my sister







with Maksu






Alia Arisya 


 Mereka yang tertinggal jauh di belakang

 Anak-anak yang berlari berkejaran mengejar ibu dan ayahnya


Si kakak dan adik yang bergaduh sebab main lari-lari..

 Ada gaya model kulit album lagu tak???

 Si Azam yang bersungguh berjalan atas jambatan 


Azam dan Risya berlatar belakangkan tasik dan empangan 
 Empangan Putrajaya 



aksi lakonan....ape yang ajam nengok2 tu????


oooo rupenya........


Maksu nengokla....kapal terbang. Aku sampai sekarang kalau ada kapal terbang kat langit mesti batak nak nengok.Nape entah...taulah tak pernah naik kapal terbang lagi..


pastu nak balik singgah jap kt tepi tasik tu. Rupanya ada banyak sangat ikan. Ape lagi bukan main sonok budak budak tu kan. kasilah makan roti yang ktorang bawak. Melonjak-lonjak ikan tu keriangan kerana diberi makan. 






Bukan setakat ikan saja keriangan..si amanina pun turut melonjak keriangan dan kamera pun senget keriangan.

Si Amanina yang keriangan..Flying kiss tu...sape nak ambik, ambiklah...maksu tak nak.hahaha
My sis yang berusaha nak tangkap ikan...dia kata pelik la ikan punyalah banyak tapi sekor pun tak dapat tangkap..bawak jala baru tau..jangan kak,,nanti kene denda maksu taknak bayar....huhu

Dh hampir magrib ktorang pun bergerak ke masjid putrjaya. Semayang magrib pastu dok kat tengah-tengah dataran depan masjid tu sebab nak tunggu abang aku si azrol. 


Gambar Malam ( Gelap kamera xde flash sebab bateri enset dah nak kong)




Ini bukan sengaja posing tapi sebab jatuh.Itulah lari-lari lagi kan...heheh



Abang aku dah sampai kitorang pun gerak makan dekat Sup Urat Keting, seksen 7. area rumah aku. Kat situ aku suka makan satey dia. memang sedap. Pas makan balik la..masing-masing dah kepenatan.

Hope kakak dan family happy semalam..I love u all....

Mimpi-2

Assalammualaikum

2011 hampir melabuh tirai beberapa hari je lagi. Maka masuklah permulaan 2012 yang bakal terjadi tanpa kita ketahui.

2011

Banyak perkara yang terjadi....
Banyak yang dipelajari
Banyak perkara bermain fikiran
Sejak aku layan blog uncleseekers ni..ayat-ayat aku pun boleh terjebak macam ayat uncle seekers..yakni berbunyik mistik...........Cewahhh...
Banyak yang aku boleh renungkan nasib diri
Banyak yang aku perlu perbaiki
Banyak suka dan banyak jugak duka dan dugaan yang melanda
Banyak perkara yang dapat disatlekan secara berkhemah
dan tetapi ada juga perkara yang masih tak satle smpai sekarang

Hidup ini ada pasang surut
Ada kala menangis
Ada kala ketawa
Ada kala merajuk
Ada kala rasa tak nak hidup pun ada

Hari tu
Aku pernah bermimpi
Mimpi ape aku pun dah tak ingat
Tapi bila esok pagi masuk ofis je aku search makna mimpi tu ape
Dan mimpi tu bermaksud lebih kurang macam ni lah
Petanda yang mengatakan bahawa sesuatu yang tak baik/aib akan berlaku pada keluarga
Memang agak tersentak apabila membacanya
Aku tak percaya sangat tafsiran mimpi

Tapi entahlah
Sejak dua menjak ni aku dah mula terfikir
Dan sedang berfikir
Ape yang sedang terjadi sebenarnya
Beberapa perkara yang sudah terlintas dalam fikiran ni
Ya Allah,
Aku mohon perlindungan pada mu
Lindungilah keluarga ku, lindungilah diriku dan lindungilah orang-orang sekelilingku terutama mereka-mereka yang ku sayang ini. 
Jauhkanlah dari bersifat dendam dan iri hati ini..

Memohon Kebaikan di Dunia dan Akhirat

( وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ( ٢٠

Dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (2:201)

Mengamalkan ayat Kursi

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ
مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ آُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ 
الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ( ٢٥٥

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya). (2: 255)

Diriwayatkan daripada Sahih Muslim bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda memberitahu kepada Ubai bin Ka’ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Qur’an adalah ayat al-Kursi. Ada juga diriwayatkan di dalam Sahih Bukahri dan Sahih Muslim berkenaan kisah
Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan yang mempunyai hubung kaitnya dengan ayat al-Kursi.

Dan banyak lagi doa-doa yang boleh kita amalkan. Link disini.

2012

Bakal perjalanan yang lebih besar akan berlaku
Tidak tahu ape yang terjadi
Yang mengetahui hanya tuhan yang satu

Semoga dipermudahkan segala urusan
Jauhkan segala yang tidak baik berlaku terutama kepada keluarga dan orang-orang yang aku sayang
Moga mendapat keredhaan allah atas hubungan kami ini
Moga dipercepatkan perkara yang baik
Moga dijauhkan perkara yang tidak baik
Moga mendapat restu keluarga
Moga mendapat kemurahan rezeki
Moga mendapat kesihatan tubuh badan
Moga mendapat kekuatan dalam menghadapi dugaan yang mendatang

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Maafkan Aku

Assalammualaikum

Dalam kejadian tempoh hari...memang perkara yang tak diduga. Aku tau aku memang bersalah dalam hal ni. Maafkan aku Ya Allah. Aku berjanji aku dan aku memohon kekuatan agar aku tidak akan membuat kesilapan tu lagi. Aku hanyalah insan yang lemah...manusia biasa yang ada kekurangan dan kelemahan. 

Malam tu.....memang tuhan nak tunjuk kepada kami. Nak perbetulkan kesilapan kami agar tidak lebih leka dan hanyut. Tapi kami bukan sengaja dan suka-suka. Ada sebab yang mungkin orang lain tidak faham. Aku masih lagi dalam TRAUMA. Trauma dengan kejadian malam tu.....

Segala-galanya seperti dirancang...Aku tau kami salah..dan kami akui. Malu pada Tuhan, malu pada keluarga dan sanga-sangat malu pada diri sendiri...

Beberapa perkara yang agak rasa kemusykilan dalam kejadian malam tu. Tapi aku tau aku salah dan aku mengaku....Tetapi seandainya benar apa yang aku fikirkan...xpe..........aku pendam dalam hati....Mungkin dia tidak bersalah....Mungkin cara dia betul....Tuhan itu maha adil....Dugaan masing-masing dalam hidup ni kita tak boleh nak ramalkan. Sekelip mata je perkara yang tidak diduga pasti akan terjadi. Jangan kita ingat kita akan sentiasa betul..

Buat pengajaran pada diri sendiri...
Jangan percaya 100% kepada kawan sendiri...dari dulu memang aku tak pernah meletakkan peratus yang tinggi kepada mereka...
Mungkin time senang merekalah tempat kita bergelak ketawa
Tapi time kita menangis kenapa kita selalu mengalirkan air mata bersendiri???
Bila kita rasa kesunyian dimana mereka? Mereka lebih leka bersama pasangan mereka.

Sebenarnya......
Aku bukan salahkan mereka. Aku akui aku turut salah. Aku cepat lupa diri..Kah??Aku buat orang marah.....kah?? Atau aku ni tak sebaikkkkk mereka kahh??

Jangan sesekali kita membuka aib seseorang....sesungguhnya ke aib an itu akan terjadi pada diri sendiri..Aku percaya pada KARMA. ia ibarat 1 jari tunjuk pada orang lain, 4 lagi jari menunjuk diri sendiri...


Tuesday 20 December 2011

Angry Birds Fever

Assalammualaikum

Semalam aku xkerja...cuti sebab aku sakit perut.Biasalah perempuan bila datang bulan kan. Faham-faham jelah. Aku malas nak ambik MC. Nak g jumpa doktor. Nak tunggu turn. So, disebabkan cuti aku pun still banyak lagi aku potong cuti jelah nanti. Kalau nak diikutkan aku rasa sepanjang aku kerja selama hampir masuk 2 tahun ni baru sekali je kot aku guna jmpe doktor. Hebat tak aku?? Bukan la hebat mana, sebenarnya aku ni malas kalau sakit sikit-sikit nak cuti, ambik MC bagai ni. Bagi aku leceh la. Selagi aku boleh berdiri, angkat tangan nak makan, nak berjalan..Insyallah aku kuatkan semangat..makan jelah ubat kat farmasi tu. Kalau batuk ke selsema senang je....satu ubat tu je yang aku serasi bila makan. kalau malam tu aku dah terasa sakit tekak, rasa perit-perit anak tekak ni bila telan air liur ubat batuk ni je yang sesuai. Aku makan satu sudu..esok pagi insyallah sakit-sakit tekak hilang..pastu kalau terasa lagi sakit tekak tu..makan la lagi...ulang la sehari 2 kali..sampai la rasa betul-betul sihat. ..Ubat ape yang aku maksudkan tu?? itu ialah ubat batuk HURIX MADU. Meh aku tunjuk gambarnya. 

Anyone yang rasa-rasa nak demam, ada simptom-simptom sakit tekak, selsema tu cepat-cepatlah try makan ubat ni....Insyallah kalau serasi cepat je sembuh OK...

Ehhh..cop..tajuk cite Angry Birds Fever..ape kene pulak dengan iklan ubat batu ni...Yeee....aku nak gitau yang aku ni ngah giler main Angry Birds ni. Aku tau la aku ni ketinggalan zaman. Orang lain dah berkurun main bendalah ni.Tapi aku baru la terhegeh-hegeh nak main. Yelah kan baru dapat henpon baru..Barulah nak try main.. Sebenarnya kat komputer pun boleh main...tapi feeling guna komputer lain dengan enset ni..kat enset ni boleh tarik lastik burung tu guna tangan je..tapi kalau guna mouse xbest langsung..


Aku malas nak search sejarah angry birds ni.Nanti-nantilah aku g cari..Main ni memang xhingat dunia kalau nak tau... Macam malam tadi aku main sampai xsedar dah nak pukul 1 pagi. Selamat pagi tadi bangun tepat pada masanya. Sebab aku ni xboleh tido lambat sangat..Kalau main tu time lastik burung tu nak letupkan BaBy tu memang geram je..lagi-lagi kalau Baby tu x kene..Boleh pulak dia gelakkan kita..rasa nak hentak je kepala lutut baby tu kan...pastu xputus asa...try lagi lastik sampai la dey all meletupppppp..kebabom..memang puas ati time tu kannnn...........

Konon-konon dah xdapat nak letupkan baby tu...surrender la nak stop...tapi sekali last tu berjaya meletupkan mereka..xde maknanya nak stop....sambung la main sampai lenguh-lenguh tangan ni. Tapi peduli ape...main main main dan main meneruskan misi hingga berjaya....Memang Demam aNGRY bIRDS la aku ni....Sampai nak tido pun terngiang-ngiang yang aku musnahkan rumah Baby tu.......Fuhhh dasyat jugak penangan angry birds ni ye....

Bird tu ada banyak, ada yang kaler merah, hitam,kuning.ada yang macam burung bagawali..burunga bagawali tu aku xberapa suka sebab bila kita tembak pastu nanti dia akan patah balik. susah sikit nak edjas ( xtau eja nye cam ner )...Aku suka warna hitam tu..sebab dia boleh meletup..senang sikit kerja aku nak musnahkan baby tu semua...

Screenshot game angry birds dari aku yang entah pape :

Misi pertama kita haruslah tekan PLAY 

Pilihlah yang mana satu nak main

Ini hasil aku main..perlu usahala lebih lagi untuk smpai last kunci..huahuahua...

Kita lastik la burung tu smpai kene....

Ok.ini tandanya Baby tu dah meletup..boleh next....


Oklah itu cerita pasal angry birds...cerita pasal housemate aku malam tadi dyorang semua xbalik rumah..tdo mana ye dyorang..ermm...tak tau lah...Moga selamat selalu..Amin...Semalam gaji kan, satlekan hutang-hutang yang penting...bukan tengok wayang or karaoke yang diutamakan dulu ye............


Ok.itu saje cerita pagi ini..BYE

Friday 16 December 2011

Perangai Pelik 1

Assalammualaikum.

Petang-petang ni disebabkan aku ngah tak de kerja nak buat dan perasaan membuak-buak nak cuti sebab hari ni kan hari Jumaat..

Tapi aku pelik dan bukan itu sahaja agak tidak patut sorang pegawai di tempat kerja aku ni berperangai sedemikian. Kerana ia bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi memburukkan nama diri dia sebagai seorang pegawai yang "berkaliber". 

Perangai Pelik dia ni bila dia sepatutnya attend mana-mana bengkel or majlis , dia kata dia akan pergi. Tapi bila dah time tarikh bengkel or majlis tu......gerenti time tue dia akan cuti la...M.C...pastu dia pun sibuk telifon suruh mintak orang lain wakil-wakilkan. Aduhai ape punya pesen la perangai...kalau xnak pergi...mention la awal-awal, suh orang wakilkan awal-awal...xdelah orang nak mengamuk dan menyumpah perangai dia tue. 

Perangai pelik dia lagi...dia nak dengar cakap dia je yang betul. Orang xboleh cakap tidak pada dia...dia xsuka orang argue ape yang dia cakap...Kalau nak mintak buat sesuatu tu...bukan main lagi nak perfect bagai....Tapi kadangkala as  a boss ni dia lupe nak hargai staff yang dah banyak tolong dia..at least cakap baik-baik, cakap terima kasih and appreciate orang lain. 

That's Why kita kalau nak orang lain HORMAT kita, kita PERLU HORMAT orang lain dulu
kita nak orang SAYANG kita, kita perlu SAYANG orang lain dulu
Bila kita buat BAIK dekat orang, orang akan 1000x BAIK dekat kita
Tapi sekali kita buat TAIK dekat orang, orang akan baling TAIK dekat muka kita
( Teruk betul guna perkataan taik= maksud aku buat jahat la ye ) 

So, renung-renungkanlah diri tu.....setinggi mana pun darjat sesorang tu...pangkat atau keturunan sesorang tu...Kekayaan mahupun kecantikan bukanlah kayu ukurnya......yang pentingnya adalah dimana letakknya 
NILAI BUDI BAHASA

PERUMPAMAAN @ PARABLE 

@ Kayanya orang tu tapi perangai macam Hj.Bakhil.Kedekut taik idung masin
= Bila dah kaya janganlah kedekut. Kerana harta itu adalah datang dari Allah S.W.T. Banyakkanlah membantu terutama kepada orang yang memerlukannya. 

@ Muka cantik tapi Perangai Busuk macam Tong Sampah yang penuh sampah tak berbuang selama sebulan. 
= Biarlah muka xberapa cantik..tapi hati ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tu. Janganlah jadi cantik tapi hati suka buruk sangka, suka mengkeji mahupun memfitnah orang lain. 

@ Konon keturunan dari kerabat diraja mahupun bangsawan
= Keturunan apa sekalipun ia asalkan pandai jaga sembahyangnya, tunaikan perintah yang disuruh allah.......itukan lebih bermakna dari riak membabi buta.

_________________________

Ini sahaja Iklas dari saya di hari Jumaat yang Mulia ini bersamaan 16 Disember 2011
"Yang Baik Itu Datang Dari Allah S.W.T, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri"
SEKIAN,WASALAM

(Alhmadulillah, ada bakat jadi Ustazah ni.Hehe )..

CINTA GILA


Petang-petang ni meh layan lagu Ramlah Ram. 
Aku kasi lirik nye sekali untuk turut berkaraoke dekat Ofis ni.Boss jangan marah sy buat blog ye...

LIRIK LAGU : CINTA GILA 
PENYANYI : RAMLAH RAM feat STEEQ

Verse 1

Terkadang ku resah bila tak bersama mu
Terkadang ku bingung pabila disisi mu
Tetapi bila ku tak melihat wajah mu
Aku rindu… Aku rindu…

Verse 2
Bila berjumpa kita selalu bertengkar
Membahas persoalan yang tiada ertinya
Lalu kau merajuk dan lantas aku memujuk mu
Cinta kita gila, cinta kita gila…..

Korus

Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila….
Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila….

Verse 3

Bila kau jauh rindunya hati ini
Bila kau tiada dunia ku sunyi dan sepi
Bila kau pergi bayangmu menghantui
Ini cinta gila… cinta gila…

Korus

Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila….
Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila….

Verse 4

Cinta… cinta… cinta gila…
Cinta… ohh cinta… cinta…gila aaahhh…..
Ohhhh……
Verse 5

Mungkin satu hari nanti
Kita berdua akan sedar
Betapa bermaknanya hubungan ini
Cinta gila… yang menyatukan kita
Cinta…

Korus

Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila….
Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila….
Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila….
Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila….
Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila….
Cinta Gila… Cinta Gila, Cinta Gila, Cinta Gila…

Kempen Katakan Tidak Pada Rokok

Assalammualaikum

Pagi tadi Chek Email. Nuffnang ada kasi email untuk kita hantarkan gambar berkaitan Kempen Katakan Tidak pada rokok. Tapi buat masa ni aku xde idea lagi nak snap gmbar macam ne. Nak lebih lanjut boleh ikut link ni (http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/12/13/katakan-tak-nak-2/). This contest ends at 11:35pm, 26 December 2011. cara-caranya senang je : 

1) Tangkap gambar sekreatif yang boleh dengan menggunakan tema kempen 'Tak Nak Rokok' tanpa menggunakan rokok atau pun kotak rokok sebagai prop anda 
2) Postkan dalam blog anda 
3)Gunakan kata kunci #taknak, photo contest / duit free dan smoking kills
4) Linkkan pada gayahidupsihat.my
5) akhir sekali submitkan penyertaan anda



Rasa semua orang tau kot kenapa Rokok itu merbahaya. Tapi kenapa masih lagi kerajaan membenarkan rokok dijual? Itu semua tepuk dada tanya selera. Tapi kalau nengok gambar kat kotak rokok tu nak makan pun aku tak selera. Tapi mereka yang perokok tegar peduli ape walaupun kempen seperti itu dibuat. Rokok is tetap best..mati pun best...



 UTAMAKAN PASANGAN YANG TIDAK MEROKOK 

Boleh tengok dekat link ni http://webblog.myjodoh.net/category/jodoh/ 
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.
Sumber:http://drmaza.com/home/?p=468#more-468





P/S : Oleh itu wahai kawan-kawan seandainya ada pasangan anda itu seorang perokok maka tidak salah, cuma kita nasihatkan dyorang agar kurangkanlah hisap rokok ni secara perlahan-lahan. lama-lama insyallah mereka boleh berhenti. Sokong dan bantulah mereka. 

Koleksi Enset.

Assalammualaikum

Selamat Hari Jumaat.Yahoo....hari ni last kerja.Esok cuti boleh la rehat2 and merendek kemana-mana yang aku nak.Hari Ahad ada kenduri pengantin rumah member.Insyallah, ada orang teman aku pergi. Kalau xder dok rumah jelah tengok TV. 

Nak story koleksi enset-enset aku dari zman purba.xlah purba sangat. aku ni pun bukanlah giler gadget pun.Beli ikut keperluan dan kadangkala ikut perasaan pun ada jugak.huhu..

Nokia ape entah.aku malas nak google.Ni lah enset pertama aku. aku beli ni time aku tingkatan 4 nak masuk tingkatan 5. time tu enset ni mahal tau. aku beli ni dalam RM400. aku g beli guna duit aku sendiri.itupun aku kumpul time dapat duit raya semata-mata nak beli enset tau x. Diam-diam je aku beli enset ni ngan abg ipar aku. balik rumah aku kene marah dengan kakak aku. membebel la dia kenapa beli telifon, macam dh pandai sangat, kaya sangat.pot pet pot pet.kecik hati aku. ape lagi menangis la kuar air mata ni. Huhuhu...padahal aku teringin sangat time tu. aku tau aku bukan orang senang..tapi ape yang aku nak aku tak pernah mintak dekat orang lain. aku akan usahakan sendiri. wwaaaaa..touching pulak pagi-pagi ni..ok stop!!! itu kisah lama. 



Ni enset konon IPHONE.tapi IPHONE yang hampeh sebab dia bukan iphone original. cap ayam je Ok.Beli pun murah je. sebab murah la aku kene tipu. murah pun duit jugak oiiiii....punyalah payah nak guna talifon nie. Sakit je hati bila nak taip mesej. aku tekan A dia pergi kuar huruf  lain.kadang-kadang tekan-tekan langsung xleh nak detect nombor o huruf. rasa macam nak hempas kat dinding kasi berkecai...

Sebenarnya sebelum aku guna telifon ni aku guna enset Sony Ericsson ( model ape aku tak ingat sebab aku memang xsuka ingat model-model telifon ni ). Lma jugak aku telifon tu, adalah dalam 3 tahun lebih. Tapi enset tu rosak sebab enset tu pernah jatuh bangunan dari tingkat 2 je smpai dalam longkang. Tapi lepas tu Ok lagi. Tapi bila terakhir guna enset ni apabila dia telah dengan tidak sengajanye termasuk dalam jam**n.hehehe. Habislah riwayat sebuah telifon bimbit sony ericson kerana kelemasan dan tidak dapat diselamatkan lagi. 


Aku sebenarnya memang penggemar Sony Ericson. Kali ni hingga kini aku still guna enset Sony Ericson  W20. sebab aku suka sony dia tahan lasak. jatuh cam ne pun, still ok lagi la kot. and camera dia pun cantik. Dulu pernah jugak guna Nokia slide 5320 kalau xsilap. Tapi tahan kejap je. setahun ke tak sampai setahun. Pastu aku bernekad xnaklah guna jenama Nokia lagi.Hahaha.jahat kan. Jangan cakap tak nak, nanti mesti terpaksa beli jugak jenama nokia ni. Sebab Nokia murah sikit dari jenama enset yang lain ( macam jenama baju je) 


Wow....Samsung Galaxy W.Ini enset termahal aku penah beli OK. ni aku nak buat layan internet jelah..main game angry bird....memang best application dia. Aku akan jaga elok-elok ok enset ku sayang...wallpaper tu gmbar anak buah aku tak pakai baju. Nanti aku buat entry pasal anak buah aku lagi. hari tu ktorang g mandi manda dekat PD. 

Ok.itulah koleksi enset aku dulu hingga kini....Bukan nak menunjuk hanya nak simpan memori bersama enset ni.

BYE