Monday 28 November 2011

Perkembangan Anak Buah Ku

Assalammualaikum

Kali ni aku nak Upload gambar anak buah aku. Dyorang ni anak kakak ku. And aku pun memang rapat sangat dengan anak-anak kakak aku ni. Sebab kalau aku balik kampung dyorang-dyorang  ni lah yang aku jumpa. And aku sayang bangat kat dyorang-dyorang ni.....bila aku paling je mesti dyorang terkinja-kinja menjerit yea yea Maksu balik! Yea Maksu Balik!!! terharu wei ada orang sambut. Dari yang Paling besar smpai la paling si nonet ( paling kecik ) dah tunggu aku kat depan pintu...

First aku nak perkenalkan anak sulong kakak aku ni

1) Siti Nur Amanina bt Rosman @ Nina - Sekarang dh darjah 2. tahun depan masuk darjah 3 ok. Cepat betul dyorang ni membesar.


Muka still sama je, xde beza pun dulu and sekarang. Perangai pun sama je macam dulu suka majuk.Heheh.Jangan marah ye Nina...ramai yang kata muka Nina ni macam muka aku skit.Memang pun. Perangai aku ngan dia pun sma suka majuk...hahaha....

2) Amalia Arisya bt Rosman @ Risya ( Sekarang Tadika 6 Tahun )



Dulu masa dia kecik-kecik umur dalam 2 3 tahun, dia la paling comel, mata bulat, rambut ikal mayang...Tapi sejak dia makin membesar ni makin lasak pulak maksu tengok. Dah masuk school ni makin susut badan asyik main je. Sampai gigi pun rongak...hahahah.Risya2.....

3) Muhamad Azam Shah Putra bin Rusman @ Ajam Memek ( 4 tahun )


Ini dia Hero super malaya @ samseng underground...Habis semua orang dia bantai. Kalau ajak gusti no satu ni. Tak kiralah mak ayah dia ke, kakak2 dia, adik dia and maksu dia pun kene gusti.hahaha. Tapi xper, ajam hensem...dalam hati ada taman...kalau ada awek yang sebaya2 dia tu, sajalah nyakat..ajam, ada awek tu...xnak ngorat ke? Nanti dia slow je jawab...xnak lah..malu....hahahah...( sambil tersengih2 kambing )

4) Azib Muhaimin bin Rusman @ Ajib ( 2 tahun )


Yang last ni, special skit. Dia dilahirkan sumbing. But alhamdulillah, ada rezeki and jalan yang memudahkan. Dia dapat bantuan dari Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald. And now, dia dapat membesar tanpa masalah. Thanks yang membantu. Ajib ni manja sangat...walaupun biasalah kalau tak dapat sesuatu tu boleh tahan mengamuk nye..tapi xlah banyak ragam.Kalau jaga dia memang senang...


Pesanan Maksu buat anak-anak buah ku Sekalian 

@ Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah 

@ Dengar cakap dan nasihat kedua-dua orang tua mu

@ Belajar lah rajin-rajin hingga boleh menjadi orang yang berguna dan kemudiannya boleh membalas jasa ibu dan ayahmu 

@ Sentiasalah doa kesejahteraan kedua-dua orang tua mu


air yang dicincang tidak akan putus
Sampai sini jelah entry maksu ye anak-anak...Maksu sayang korang.Muahhhhhh3x........Ingat Maksu selalu tau. Nanti dah besar, dah pandai baca blog...korang bacalah blog maksu ni ye. Ada gambar korang.Hehehe

Friends Part 1

Assalammualaikum...

Hari ni cuti...So, aku nak buat entry banyak2 sampai lebam..Haha.Sebab tengah rajin nak berblog ni.Bila time malas nanti jangan haraplah aku nak buat semua ni. Lagipun setiap ingatan aku ni bukannya boleh diulang ulang kembali. Time tengah rajin and ada idea nak buat ni aku nak taip macam-macam..

Entry kali ni aku nak upload gambar kawan-kawan aku. Aku ni tak ramai sangat kawan. Just kengkawan-kengkawan yang sekepala dengan aku je boleh aku geng.Hehe.Bukanlah aku ni sombong or pemalu ke ape. Tapi dah itu je friends yang aku boleh ngam sama-sama.Inilah friends aku time aku study @Poly dulu iaitu dekat Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Ktorng pun study sama-sama dalam cost yang sama iaitu Diploma Sains kesetiausahaan.

Alkisah perkenalan ktorang waktu time aku daftar kat poly hari tue. Aku nak register masuk dalam hall tu aku jumpa kaksu (Subaeda) ni. Aku panggil dia kak sebab umur dia lebih tua sikit dari aku. So, berkenal-kenalan la. Tanya dia ambik kos ape and kebetulan kitorang sama kos, senangla tu. So,aku gtau kaksu nanti kita g kelas sama-sama ye ( Agaknya aku cakap macam tu) 

1) Subaeda Baba @ Kak Sue

@Pantai Badan Nakhoda Omar B.N.O Sabak Bernam ( Tempat budak Poli selalu dating termasuk aku.hehe) 

2) Hasliza Samsuri @ Eja

@depan tasik politeknik

alkisah jumpa eja ni pulak when bila ktorang dah start masuk kelas. Pastu si eja ni dia tengah nak uruskan dokumen ape entah...PTPN kot kalau xsilap. Dia nak g Libry, so time tu dia member ngan si Lia ( Zahlia) . Kebetulan pulak aku dengan kaksu pun memang nak g libry jugak. So, kitorang dengan kata sepakatnya pun jom pergi libry sama-sama. Dan bermula dari situlah kitorang jadi kawan sampai sekarang.



3) Noor Zahlia Yusof  @ Lia


Aku kenal dengan lia ni when aku jumpa eja ni lah. Ktorang pun rapat sampailah last sem. Habis graduate sama-sama.Cuma aku tak konvo je hari tu sama dyorang.

Banyak kenangan manis dan pahit yang dikongsi antara kitorang berempat ni. Dan banyak jugak rahsia yang disimpan antara kitorang ni. Suka dan duka antara persahabatan. Sometimes teringat rindu sangat-sangat nak kembali moment-moment kita bersama tu. Kadang menyakat sana sini.Gelak sana sini. Ngumpat sana sini. Walau pun ramai yang tak nak kawan dengan kita berempat ni sebab comel kan...tapi kita buat je hal masing-masing kan. Sebab kita semua bukan jenis kacau orang. Lantak pi la dyorang yang geng cantik-cantik tu ke, geng elite tu ke....yang pasti kita pun dah berjaya jugak mcam dyorang...tak kiralah walau apa dengan cara sekalipun...Seriously aku tiba-tiba sebak pulak sebab teringat dekat korang....rindu sangat-sangat kt korang la.........Waaaaaa nak nangis...sob sob sob....

Kengkawan...ingat tak gambar-gambar innocent kita semua.Hehehe.Jangan marah letak gmbar-gambar ni kalau korang rasa semua muka budak-budak lagi. Yalah kita kan Geng Kecik.Hehehehe..Kecik2 pun jangan pandang sebelah mata ok...Pandang dua2 mata smpai terbeliak....

Ini time kita tengah training Taekwando.....msuk taekwando tu tapi xdapat baju taekwando...ape kes..baju xdapat inikan tali pinggang...hampeh je..huhu

Pcture time before masuk kelas En.Azmi

Muka masing-masing budak2 wei...hahahaha..but memory is still memory....hehehe

aku dan Kak Sue...Before masuk kelas menaip kot....

aku dan eja.......time perarakan Maulidur rasul

aku dan Lia  before masuk Kelas.

Kalau nak tau, budak-budak secretary ni memang suka tangkap gambo before masuk kelas. Aku pun heran. Kalau kelas tu tak bukak lagi....memang xde kerja lain...mesti pixture time....dh habit dah kot..padahal tiap minggu tempat yang sama je pun.Hahaha.tapi itulah kenangan.Betul tak.....

Aku akan Update Friends Part 2 akan datang...Insyallah....FRIENDS IS NEVER END.............



Istimewa dari Aku

( Gambar paling tak bersalah...Hehehehe :)   )


taken on 2007

Perkara Yang Tidak Dijanggka

Assalammualaikum...

Last Friday hari tu g service kereta for 30km....tukar minyak hitam,filter,minyak gearbox dan perkara-perkara yang pomen tau la bab service2 nie. Aku cuma anta je. Esok si dia nak anta someone g KL.So, kene la service kete ni. Kali ni tak nak anta dekat produa dah sebab memang cekik darah if anta kat sana. Aku ni bukan lah kaya sangat nak hulur-hulur duit ni. So, kenelah berjimat cermat. Bila servis tu, pomen tu kata tayar aku ni ada problem. Dia suggest kan aku dan si dia bawaklah g kedai tayar. And then bila g kedai tayar, orang cina tu kata tayar aku tu bengkak..disebabkan tengah tak de berduit sangat kan, just mintak tukar tayar depan yang bengkak tu ke belakang,tukar dengan tayar belakang bawak ke depan. Planning nanti dululah nak tukar tayar baru. Dalam hati rasa memang sangatlah kecewa. Tanya kenapa tayar boleh jadi bengkak. Dia kata kualiti tayar ni memang tak baik. Aduhh....baru setahun kot aku beli kete ni, dh macam-macam. Sabar jelah...

Esoknya si dia bawaklah kereta on the way g K.L.Hendak dijadikan cerita......huhu....tayar depan yang baru tukar dengan tayar bengkak ke belakang tu pecah kene batu. Memang Perkara yang tidak dijanggka betullah kan..Semalam kalau tau perkara ni terjadi..tukar je tayar bengkak tu. Xperlulah tukar ke belakang. Tapi benda dh nak terjadi..tayar tetap pecah dan perlu jugak ditukar..:(

Sekarang ni tengah risau nak bawak kereta sebab risaukan tayar yang bengkak tu pulak...Huhu..mintak-mintak selamatlah perjalanan aku ketika memandu ye....Inilah risiko kalau ada kereta,,,kene ada spent duit yang banyak ok.......Sedih sedih sedih........:(((((

Tayar copypaste dari Google ye...


Ini Baru Betul Kereta Ku



Lepas ni xmo dh cari tayar silverstone...Tukar tayar lain la...huhuhuhu................So Sadddd.:(. Wahai kereta ku sayang..Engkaulah harta ku. Akan ku jaga elok2 walau apa terjadi. So, wahai kereta engkau Jagalah tuan mu ini. Bawaklah ia dengan berhati-hati. Sayangilah dia seperti nyawamu sendiri ya...Insyallah....




my Car-VIVA ELITE 1.0
 P/S : Berhati-hati dijalan Raya..Pandu Cermat Jiwa Selamat.Ingatlah Orang Yang Tersayang.(Macam iklan JPJ la pulak.kikiki...Salam Maal Hijrah 1433.

Tuesday 22 November 2011

Sayang Harimau Muda Kita

Assalammualaikum.....

Sape tengok Bola malam tadi??Malaysia vs Indonesia.....sape tak tengok tu memang rugi la and tak sokong Malaysia negara sendiri tu namanya.Hehehe Jangan Marah orang Malaysia.........nak buat ape marah-marah. Malam tadi Skuad Malaysia Harimau Muda kita telah mencipta sejara memenangi pingat emas dalam kejohanan bola sepak Sukan SEA.Tahniah!!!!!!!

Aku sebenarnya bukan ambik tau sangat pasal sukan-sukan ni, tapi bila kerja kt bahagian sukan, maka terjebak la sikit-sikit dan terpaksalah ambik tau wlaupun tak pernah tau.Pemain-pemain kebangsaan ni lagilah, bila tengok je perlawanan dyorang baru la kenal pemain-pemainnye. Yang aku ingat pemain malam tadi cuma Khairul Fahmi je kot (Goll Keeper). itupun sebab gosip kot dan dia punya style tangkap bola memang power la. Sape sokong angkat tangan 100x.hehe. Player lain-lain mcam Thamil, Guru, Fakri,Badrol ,Yong itupun baru kenal malam tadi.kikiki.Macam dyorng kenal aku je....Tapi perlawanan malam tadi memang mendebarkan...mcam tengok citer sinetron.hahaha....

Ape-ape pun tahniah la Harimau Malaya..............Selamanya,selamanya,selamanya....Harimau Malaya...Selamanya......................................MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!Sayang Pemain Malaysia. Tapi cuba kalau Malaysia kalah pasti akan dikecam hebat.huhuhu.Adatlah permainan kan..Menang dan Kalah...
Tahniah sekali lagi buat Harimau Malaya kerana mengharumkan nama negara malam tadi 21.11.2011 (Love u muahhhh3x) lebih2 pulak aku nie...hehehe...(sampai termimpi-mimpi tido tengok bola malam tadi sebab happy sangat)

Pengumuman PM kita pagi ni dekat Twitter sebab orang dok tertanya-tanya xdapat cuti ke hari ni. Najib kata kita perlu bekerja keras. Jangan ingat nak  cuti je.Kikiki.Betulla tu.....Player kita pun xcuti and dyorang akan berlawan dengan Syria pulak lepas ni.GOOOD LUCKK !!!!!


Aku pun nak mengaum jugak la....Auuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.tapi tak dengar suara la..dalam hati je.hehehehe..



Thursday 17 November 2011

BUKIT BROGA

Assalammualaikum...

12 November 2011 (Sabtu) hari tu aku bersama 9 orang rakan-rakan lain telah membuat satu aktiviti iaitu mendaki gunung. Tempatnya adalah di Bukit Broga Semenyih...aku pun dengan lajunya nak tulis entry ni search dulu kt google info pasal broga hill ni. Barulah aku tau Bukit Broga ni juga dinamakan Bukit Lalang. memang banyak lalang pun kat situ lagi-lagi bila tiba di Puncaknya. Ko nanti tengokla gmbar-gambar mereka yang tangkap gambar. Mesti ada lalang-lalang yang turut menghiasi gambar-gambar mereka.hehe.

Kitorang bertolak dari Bangi jam 5.30 pagi. Sampai di situ mengambil masa dalam 30 minit. Tiba je disana, memang masih lagi gelap gelita tapi yang bestnya memang ramai orang. So, memang meriah and rasa semangat nak mendaki tu berkobar-kobar padahal aku first time kot nak mendaki ni. Nak jalan kaki pun aku malas, ni kan tiba-tiba nak mendaki la ape lah. Tetapi memang teringin dari dulu bila orang asyik cakap pergi broga hill bagai ni. So akhirnya merasa n bertambah la jugak pengalaman dalam hidup ni kan. Time tu memang gelap, so, sapa-sapa yang bawak touch light tu suluh la laluan jalan tu ye.

Firstime naik tu aku cakap aku ni pertama kali kot naik bukit ni, bacalah selawat ngn ayat kursi banyak2. Takutla benda-benda xelok terjadi and mintak perlindungan. Laluan-laluan nak naik tu memang tinggi la and kalau perasan tebing-tebing tu semua curam n kalau jatuh memang patah tangan. Selamat jalan tu semua memang dh ada tangga or laluan senang kita nak jalan and ada tali or kayu yang boleh kita pegang. Memang berpeluh-peluh xrasa sejuk pun sebab penat kot. Jantung ni laju je bergerak kencang. Hahaha.

lebih kurang 20 hingga 40 minit kitorang pun sampai la kt puncak yang pertama dalam pukul 6.45 pagi. Konon nak nengok matahari terbit. Tapi disebabkan mendung pagi tu xnampak la matahari tu sebab dilindungi oleh sang awan. Tapi alhmdulilah tak hujan pun. Kalau hujan memang naya la nak turun bukit nanti gerenti menggelongsor jelah semua orang nak turun bawah. Aku dengar dyorang gtau mcam tu aku dah cuak. Masa sampai kt atas tu aku mengambil masa jugaklah xnak pandang bawah sebab aku takut gayat. time tu pun dh terang and dh nampak la manusia-manusia yang turut naik bukit tu. Bila dah ready baru la aku pandang bawah.. waaa...memang kagum kot. Suka sangat...rasa indah sangat tengok pemandangan dari atas ni. jelas semua nampak. Dulu masa aku kecik-kecik aku suka berangan yang aku nak jadi burung. Sebab burung boleh terbang bebas and terbang tinggi...Aku nak jadi macam burung......................

Dalam pukul 7.45 dah makan sandwich yang dibuat oleh k.farah, dah siap buat photoshoot untuk album lagu..haha...kitorang pun meneruskan misi....tp bukan misi untuk naik smpai gunung paling tinggi. Tapi misi untuk turun mandi ke sg.tekala kt bawah tu.Hahaha. So, turun tu kenelah hati-hati. Sebab orang kata turun lagi bahaya dari naik. Aku dengan lemah lembut nya turun la dengan berhati-hati agar tidak sekali-kali jatuh. Sebab aku xnak jadi macam layang-layang ditiup angin terus melayang. Aku kene kuat...hahaha..dan akhirnya berjaya juga smpai ke parking kereta semula. ALHAMDULILAH.

Misi seterusnya pergi mandi manda di Sg.Tekala dan bakar ayam barbeque...memang pandai budak-budak praktikal tu buat resepi BBQ ni. Memang Sedap..thanks to K.Farah dan semua2 yang bersama-sama mengakhiri misi kita panjat gunung beroga. Next time jangan lupe jemput aku lagi ye.hehe.itupun kalau ada orang tu kasi aku pergi lagi...hahaha...

Memori at Broga hill 12.11.2011 ( Psukan UKM staff/lawnBall Team/Practikal Stedent from UitM Arau )

kami Happy@Penat@Lega dapat sampai Puncak...

Mana matahari Terbit ni.....penat dh tunggu ni..........

Yeahhhh....kami anak berwawasan.....:)))))
1 2 3............................

Lompatttttttttt...............Hahaha..........

Pandang sana semua........tengok masa hadapan di langit Nuuuunnn.....

disebalik keindahan lalang-lalang..

Love this picture........

Saya suka anda semua..sangat sporting
 Yeaa........itu saja setakat ini. Best Moment in 2011. Hope boleh jmpa lagi ya..............bai bai bai..............Muahhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Monday 14 November 2011

Apa Yang Di Stresskan Tuu....???

Assalammualaikum...

Kalau tak jawab dosa, jawab sayang ( ayat Maria Elena) ahak ahak....
Tajuk entry aku 'Apa yang Di Stresskan Tuu..???'. Sebenarnya tak tau nak tulis apa kalau dalam blog ni. Tiap hari just suke baca blog orang...sendiri ada blog tapi langsung tak kreatif sebab xnak pun orang baca blog kita ni..Hopefully xde pun yang baca blog aku ni..Kalau x memang malu...sebab blog entah hape-hape....huhuhu (buat muka sedih)

Apa yang distresskan tu....???? Stress tak korang kalau korang akan rasa teraniaya?? Everything yang korang before ni boleh buat sama-sama but sekarang...masing-masing nak lepas tangan. Susah nak cari kawan yang susah senang boleh sama-sama. And now xpelah aku buat sendiri je. Lebih senang kot mintak tlong kt BF dari kawan yang ada even dalam satu rumah. Duduk rumah pun same dok sorang je. Masak sorang, ngemas sorang, makan sorang, xmakan pun sorang and senang kata susah senang sorang-sorang je. Ada kawan langsung tak ambik peduli. Insyallah aku concern dengan kawan-kawan, but aku ni suka balas balik. Kalau someone tu concern n take care kat aku macam BF aku buat, insyallah,,,,100x aku balas ke concernan and ke takecare an aku ni..but if dyorang langsung xambik peduli pasal aku..so buat ape lah aku nak care dengan dyorang kan..huhuhu ( hati sedih sebenarnya bcoz tak suka keadaan macam ni )

When keadaan kt office gomen biasalah...ngumpat sana,sini..orang sana ngumpat sini..orang sini ngumpat sana...orang ni cakap orang tu...orang tu cakap orang ni......entah ape-ape....semua dua kali lima sepuluh je. Semua tak betul. Buat kerja masing-masing dah la...kalau orang tu kasi kerja tak nak buat lantak dia. Cakap je ngan bos besar yang dia xnak buat kerja. Kalau dia marah cakap memang dia tak buat kerja. Sebenarnya, kita ni jangan cakap/ mengata orang...sebab bila kita mengata perkara tu akan kene kat batang hidung kita sendiri. pastu janganlah nak benci orang sangat-sangat...sekali kita benci kat orang 10 kali kita akan dibenci. UNDERSTAND!!!anak-anak murid sekalian!! Oleh itu, sucikan lah hati dengan bersikap positif dengan orang lain. Jangan pandang orang sebelah mata o xde mata langsung..

So kesimpulan disini...Stress itu membuat kan kita berfikiran negatif. OOO yeke...hak hak hak pepandai aku je buat kesimpulan entah ape-ape kan.   So, Peace no War..and senyum SOKMO!!!!!Muahhhhh.....


Wednesday 2 November 2011

Menangis la Bila Perlu

Assalammualaikum

Aku kini adalah seorang remaja/wanita (tak tau yang mana dah) . Dulu aku seorang bayi perempuan, kemudian meningkat besar menjadi kanak-kanak perempuan, pelajar perempuan, pastu orang panggil anak dara. Dan kini pun still anak dara lagi sebab xkawin and bernikah lagi. Yang hakikatnya i am a WOMAN,GIRL dan seumpama dengannya...

Apa yang aku nak merepak kat sini is naluri seorang wanita....aku suka nangis. that's true coz hati aku ni mudah tersentuh..pantang nampak orang menangis sikit...aku pastu mesti bergenang air mata. Kalau tengok filem or drama sedih-sedih,nangis2 meraung bagai....lagi-lagi cerita tang orang-orang miskin yang kene maki hamun,kene hina bagai, pastu kena halau dari rumah. Pastu mak mertua pulak xsuka, laki pulak lepas tangan. Gaduh-gaduh. And then ada plak cerita yang anak-anak hilang kasih sayang orang tuanya.....argghhh memang aku xboleh nak tahan....stop it......



Menangis = perempuan bagi aku adalah perkara biasa. Tapi janganlah ciwek xtentu pasal. Kene tegur sikit pun nak nangis, cakap sikit pun nak nangis....itu memang nak kene penampar 80x je...Sebenarnya menangis ni pun ada tempatnya...xsemua benda kita perlu nangis....Menangis la Bila Perlu. Kalau aku nangis bila aku betul-betul marah dan tertekan. Aku lebih rela nangis dari aku pendam dalam hati lama-lama. Bila lepas aku nangis aku akan rasa tenang sikit dan after tu aku akan tidor. Gerenti esok aku akan rasa lebih lapang. Tapi esoknya mata mesti akan bengkak dan macam tak boleh nak bukak je. Bila kena cahaya je mesti pedih-pedih je.

Kenapa aku cerita pasal nangis ni?Sebab malam tadi aku baru lepas nangis. Nangis sebab ape? Entahlah,,banyak perkara yang xboleh nak dibendung lagi dah. Hanya air mata yang menemani masalah ni.


Kadang-kadang malas sangat nak fikir masalah, mana ada orang yang xde masalah dalam hidup ni. Tapi kita ni kadang-kadang boleh la handle perkara tu, tapi kadang-kadang kita tak mampu. Bukan senang nak puas hati sesorang. Even pasangan suami isteri pun pasti ada perkara yang pasangan itu sendiri tidak mampu lakukan. Cuma saling faham memahami dan percaya antara satu sama lain. Itu adalah paling penting.

Kadang-kadang perkara kecil pun akan menjadi isu. Tapi sebenarnya dari perkara kecil itulah patut kita jaga. Sebab masalah kecil ini bila dibiarkan pasti akan menjadi besar. Sebelum perkara besar jadi perkara kecil inilah perlu diambil tindakan dan diselesaikan.

Aku perlu jadi tabah. Kita memang ada keluarga, kawan-kawan. Tapi tak semua perkara kita boleh kongsi dan tak semua perkara mereka boleh faham. Keluarga adalah keutamaan aku walaupun kitorang jarang jumpa. Tapi tetapkan dalam diri aku mempunyai keluarga. Aku perlu utamakan keluarga. Jangan sesekali lupakan mereka. Walaupun mereka dah berkeluarga, mungkin keakraban sudah kurang memandangkan parents pun dah tak ada. Tapi set kan dalam diri, AKU MASIH ADA KELUARGA.

Kawan   ????? kawan memang ramai tapi kawan disaat untuk senang, bergembira, mintak teman pergi sana sini. Bila susah kita akan bersendirian. Bila dapat housemate yang xpernah nak alert dengan ape terjadi kat rumah. Everything tanggungjawab dan beban akan ditanggung oleh diri sendiri. Tapi pernah nak tanya kita ni dah makan ke belum? Sakit demam kita ? But bila dapat gaji d first is jom karok, jom wayang, g dating dulu tiap hari or tiap minggu . But duit sewa rumah dh nak masuk pertengahan bulan baru nak kasi. Itu tak pe, janji bayar kan. But it;s just want to know how alert u are. Hermmmm.....xelok mengeluh right..ikhlaskan hati nie. Maybe ada silap aku kat mana-mana in friends relationship. Kalau nak cerita pasal frends ni memang sampai esok pun xhabis. ..


Kalau cerita kecik ati, makan ati, memang  banyak smpai tak terkata. But sapa yang faham???Friends?Family?Lover? Boleh cerita tapi nak fahami betul-betul tu memang xboleh. Macam aku sendiri jugaklah. Aku xkan faham ape masalah orang lain.Sebab kita tak rasa melainkan kita sendiri melaluinya.

Ada orang faham ke macamana kehidupan aku? Dari aku kecik and smpai sekarang. No one yang faham and tau sebab mereka tidak melaluinya. Argghhhh susah nak cerita...Pendam jelah...

Untuk dia, Tolong la faham , saya bukan sempurna. Jangan letakkan diri ku ini terlalu sempurna. Saya punyai banyak kelemahan.Saya sentiasa mencuba perbaiki kelemahan saya. Saya akan buat terbaik. Saya akan cuba. Tapi jangan terlalu menekan saya. Siapalah diri saya ini. Kadang-kadang saya xmampu nak report semua perkara kat awak.


p/s : Sebaik-baik kesedihan itu adalah kerana Allah S;W;T..Mintak lah petunjuk dan hidayah dari-Nya. Insyallah.