Assalammualaikum
Entry kali ni aku nak cerita about hal kecantikan. Apa definisi kecantikan itu? Kecantikan itu sebenarnya adalah satu yang subjektif. Maksudnya ia bukan lah sesuatu yang boleh kita angap hanya satu perkara utama. Definasi kecantikan wanita bagi pendapat aku ia adalah kecantikan luar dan dalam. Kecantikan bukan sahaja dinilai dari paras rupa yang cantik sahaja tetapi dari keperibadian diri sesorang wanita itu. Justeri zaman kini, ramai wanita yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik tetapi mereka tidak sedar kecantikan luaran itu hanyalah sementara.
Hebat tak aku tafsirkan definisi kecantikan itu. Huhu. Akulah bukanlah pakar kecantikan. Tetapi hanyalah seorang wanita yang sukakan kecantikan selari dengan naluri seorang wanita itu sendiri. Mustahil ada orang yang tidak teringin menjadi cantik.
Seperti yang dikatakan tadi, kecantikan itu bukanlah hanya dari paras rupa tetapi kecantikan itu dinilai dari dalam diri itu sendiri. Kecantikan dan kesihatan tubuh badan amatlah penting agar kita boleh hidup lama di atas bumi ciptaan allah S.W.T.
Sebagai manusia kita perlu menjaga kecantikan dengan cara menjaga kesihatan iaitu menjaga pemakanan. Apa guna mempunyai muka yang lawa tetapi tidak menjaga pemakanan dan ia akan memudaratkan diri sendiri di masa akan datang. Selain pemakanan, kecantikan boleh ditafsirkan dengan sikap dan tingkah laku individu itu. Apa guna mempunyai paras muka yang cantik tetapi mempunyai akhlak dan keperibadian yang menjengkelkan..Ia amatlah merugikan.
Maka kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif dimana kita tidak boleh memilihnya seperti A B C dan D. Ia perlu dihuraikan dalam pelbagai definisi. Cantik itu biarlah cantik dipandang mata bukan sahaja dari hujung rambut hingga hujung kaki tetapi kecantikan itu bermula dari HATI YANG SUCI.
TAMAT......................................
Ini adalah iklan kecantikan ye....hehehehehe
Maybelline BB Crean Foundation
Sekarang aku tengah guna bendalah ni. I look ia memang sesuai untuk muka yang berminyak dan kulit asia macam aku nie. Try la sape yang berminat. Muka akan jadi smooth je...and dah x oily dah. Sebab muka kulit asia ni cepat berminyak memandangkan cuaca kita sekarang yang panas terik. So kata nak jadi cantik. Muka kenela jaga, kebersihan diutamakan. Ada orang muka dah cun dah tapi xreti menghias muka dengan sempurna. Jangan sampai orang tegur harap je muka cantik tapi ******(sambung la sendiri)....ish ape aku merepek la ni.....sory2x..
Inilah hasilnya....muka nampak ayu je...hahahaha....jangan perasan.....i tau i xcantik tapi i comel je.....hehehehehe..:)
hahahaha...abaikan muka mereka dibelakang...face hanya guna BB Cream foundation. xde touch-up lebih-lebih pun.
Muka without guna ape-ape.....nampak x ape tersembunyi..
P/S : Biar muka tak lawa tapi Hati itu cantik dan bersih. Jangan Muka Lawa tapi hati banyak Kotor...dan sebaliknya...tapi lebih cantik bila kecantikan dapat dinilai dari kedua-dua aspek kecantikan paras rupa dan budi bahasa.....
Monday 31 October 2011
Cendol durian yang Auwwww….Sedap…
Assalammualaikum
Hari tu saya dan dia pergi singgah satu tempat makan iaitu
nama tempatnya Cendol Durian Borhan Special. Saja nak try sebab tengok ramai
yang datang singgah padahal kedainya di tepi jalan raya besar nak kearah Kuala
Selangor tu. Dia side sebelah Kiri.
Menu-menunya yang aku ingat dia ada cendol Durian Special,
cendol durian + pulut,cendol durian + labu, cendol durian + jagung dan cendol
durian + keladi. Pastu ada mee kari special dan laksa special. Time tu pulak
cuaca panas and memang baik la sangat dapat pekena makanan macam ni
petang-petang kan.
Aku try menu Cendol durian Special. Si dia pulak cendol
durian + jagung. Aku yang specialnya dia campur
semua ada, pulut +jagung+keladi + labu. Yelah dh namapun special kan. Pastu
nak try laksa special and mee kari special sebab nak tau ape yang specialnya
kan. Oklah sedap bangat sebabnya kuah laksanya memang pekat and time aku taip
entry ni pun aku dh telan air liur sebab teringat sedap. Cuma yang peliknya
dalam laksa tu ada udang. Aku rasa laksa xde udang kot. Mee kari nya pun ok
jugak. Kuah kari memang kow bangat.
Ini Mee jawa...orang jawa pasti suka.....
ini pula LAKSA...kuah laksa memang terbaik dari ladang....ada udang lagi tu.....
Mungkin ada yang tak suka g makan tepi tepi jalan ni.
Sebab mana ada standard….aku tau korang suka makan ala-ala francais gitu, g
tempat-tempat yang mahal-mahal gitu, tapi aku peduli hapa…aku lebih gemar makan
ala-ala gini sebab lebih cooollll and relex dan makanannya pun lagi puas hati..Harga pun boleh tahan lah....janji konyangggg perut eden...
Muke lepas dh puas ati dapat makan kenyang-kenyang.
Sorylah muka gua manyak teruk and berminyak. Cuaca sangat panas itu hari.Tapi
gua puas hati.Thanks Dear….
p/s : Balik kampung nak promote dekat orang kampung ada
kedai cendol yang Besssshhhhhttt…
Subscribe to:
Posts (Atom)